KEHILANGANMU…
Aku ternanti-nanti,
Ternanti-nantikan
dirimu,
Aku terbayang-bayang,
Terbayang-bayangkan
dirimu,
Aku terdengar-dengar,
Terdengar-dengar
suaramu.
Aku merintih,
Merintih dalam
kesakitan,
Melihatmu pergi,
Pergi dari
kehidupanku.
Mengapa?
Itu yang sering aku
tertanya-tanya,
Membentak-bentak di
dalam jiwaku ini.
Di saat aku mulai
menyayangimu,
Kau pergi
meninggalkan aku,
Dibiarkan aku terkapai-kapai,
Dibiarkan aku merana
sendirian.
Tidakkah kau kasihan
melihat anak perempuanmu ini?
Tidakkah kau berasa
kasihan dengan anak-anakmu itu?
Anak-anakmu sentiasa
mencari bayanganmu,
Sentiasa dahagakan
kasih dan sayangmu,
Tidakkah kau kasihan
melihat anak-anakmu sedemikian rupa?
Pulanglah wahai
ayahandaku,
Cuma itu sahaja
pintaku,
Teringin sekaliku
ingin melihat wajahmu,
Teringin sekaliku
ingin tatapi wajahmu,
Yang telah sekian
lama hilang di mindaku.
Aku takut,
Takut sekali,
Aku takut aku tidak
akan dapat mengecam wajahmu,
Andai kau
menghadirkan diri,
Pada suatu hari
nanti.
- NURIN-