Saturday, June 06, 2015
Assalamualaikum! Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, pada hari ini, saya dapat menulis di blog tercinta saya ini. Apa khabar semuanya? Semoga sihat sentiasa di samping keluarga yang tersayang. Sekarang ni, kan dah start cuti sekolah...bagi pelajarlah. Ada ke pekerja yang turut cuti sekali? Tak ada kan? So, yang pastinya, untuk pelajar sudah tentu ada yang ditimbuni dengan pelbagai kerja sekolah yang diberikan oleh guru untuk dilakukan pada waktu cuti sekolah, kan? Samalah, saya pun ada banyak kerja sekolah...foliolah, latihanlah, macam-macam ada. Tambah pula, sekarang ni saya tengah sibuk mengemas rumah baru yang akan saya duduki tidak lama lagi. Well, secara teknikalnya, saya taklah sesibuk mana, just tolong apa yang patut, selain daripada tu, saya menganga je...hehehe.. Orang yang paling sibuk ialah ibu saya dan adik lelaki saya. Wah, tak sabarnya nak duduk rumah baru! Sorrylah kalau dah lama saya tak menulis, sebab hari tu rumah saya tak ada WiFi...I hope you understand... . Oklah, sampai di sini sahaja warkah saya pada hari ini, semoga kita berjumpa pada hari yang lain. Cewah, ayat skema gitu!!! Oklah, BYE!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment